Setiap luka ada penawarnya....Allah yang maha Berkuasa...Maha Mengetahui Segalanya...

Setiap luka ada penawarnya....Allah yang maha Berkuasa...Maha Mengetahui Segalanya...

Tuesday, December 4, 2012

DI PECAH PERIUK....BELANGA....

Kan Dah kata mesti rimau juga pilihan di hati...hahahahahaha


TETIBA AKU MASUKKAN RESEPI HUHUHU....TRY OKAY MY SISTER MMMUAH

DAGING BLACKPEPPER


INGREDIENTS
:

500 gm daging lembu [potong kecil dan nipis]
2 s/b kicap pekat
2 s/b tepung jagung ] bancuh
1 cawan air ]
2 s/b lada hitam [tumbuk]
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...

BAHAN TUMIS (MAYANG / HIRISKAN):

5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

BAHAN HIASAN:

2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang (potong 1 inci)
1 biji tomato (belah 6)
2 biji cili merah
2 biji cili hijau

INGREDIENTS:

1.     Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
2.     Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut.
3.     Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kicap pekat.
4.     Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
5.     Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.


BEEF STEAK



INGREDIENTS:

500 gm daging steak/tenderloin [bersihkan]
1 s/b kicap pekat
1 s/k madu/gula
1 s/b sos plum

BAHAN KISAR:

1 s/k lada hitam
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang
1 batang serai
1 inci halia

METHODS:

1.     Daging dipotong lebar setebal 1 cm [1/2 inci].
2.     Gaulkan semua bahan yg disediakan dan perapkan selama 4 atau 5 jam.
3.     Masukkan semua bahan dalam non-stick pan dan tutupkan dgn tudung.
4.     Masakkan atas api sederhana sehingga air kering dan daging lembut.
5.     Angkat daging dan sediakan sos.


SOS LADA HITAM

INGREDIENTS
:
 
1 s/b lada hitam
1 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 s/b sos tomato
1 s/b kicap pekat

METHODS:

1.     Gunakan non-stick pan yg merebuskan daging tadi.
2.     Panaskan semua bahan termasuk bahan lebihan daging dalam non-stick pan tadi.
3.     Bila mendideh, tuangkan dalam mangkuk dan sediakan sayuran untuk hidangan.

SAYUR-SAYURAN

Salad bulat [potong kecil]
tomato segar [potong baji/nipis]
kentang goreng [potato chips]
baked beans [panaskan sikit]


 
SOTO DAGING



INGREDIENTS (For 10 people serve)
:

1 kg daging [potong kecil]
nasi impit atau mee/bihun
taugeh [buangkan kakinya]
daun bawang dan daun sup [racikkan]
bawang goreng
air secukupnya
garam
minyak

BAHAN TUMIS:

4 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih

BAHAN KISAR:

6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
5 cm halia
3 cm lengkuas
3 batang serai
3 s/b rempah kurma
1 s/b lada hitam
5 biji buah keras



METHODS:

1.     Panaskan minyak. Tumiskan bahan tumis dan bahan kisar sehingga wangi.
2.     Masukkan daging garam dan air secukupnya. Biarkan mereneh sehingga daging lembut.
3.     Untuk hidangan masukkan nasi impit atau mee/bihun dan daging serta bahan lain dan sendukkan sup/kuah tadi.
4.     Untuk memberikan perisa tambahkan kicap pedas dan pegedil.




KICAP PEDAS (MESINKAN HALUS)

20 biji cili api
1/2 cawan kicap manis/pekat
2 ulas bawang putih
5 biji jus limau kasturi
garam

BEGEDIL DAGING

INGREDIENTS:
 
500 gm kentang....rebus dan hancurkan
200 gm daging kisar
1/2 cawan bawang goreng
2 tangkai daun sup.............]mayang halus
2 tangkai daun bawang.......]
1 s/k lada sulah
1 s/b tepung jagung
garam
2 biji telur..pukul
minyak untuk menggoreng

METHODS:

1.     Gaulkan semua bahn kecuali telur.
2.     Bentukkan adunan supaya menjadi bulat dan leper.
3.     Celupan kedalam telur yg dipukul.
4.     Gorengkan dalam minyak.
5.     Angkat dan toskan.
6.     Hidangkan bersama soto atau bihun soto atau mee soto.

NOTE: BUAT KAKAKKU ROSHILA KHOSHIM....SILA MASAK YER UNTUK SUAMI DAN ANAK2 TERSAYANG...Hehe

No comments:

Post a Comment