Setiap luka ada penawarnya....Allah yang maha Berkuasa...Maha Mengetahui Segalanya...

Setiap luka ada penawarnya....Allah yang maha Berkuasa...Maha Mengetahui Segalanya...

Thursday, December 13, 2012

BILA ANA SUKA MAKAN AYAM BAKAR.....NYUM...NYUM

HUIH kEMAIN DIA MAKAN KAKI AYAM NIE....LIAT KOT BARU TUMBUH GIGI MASA NIE...DIA HISAP JER....HUHU...NIE GAMBAR KAT BESOUT LEPAS BAKAR AYAM....YUMMY...KAL KEY EL TAK BLEH NAK BAKAR AYAM....

Anak AYU IsmAIL : MUHAMMAD AMSYAR AIMAN


DAH BESAR DAH ANAK AYU NIE.....HUHU

BILA ANA KENING LEBAT DAN ADE TAIK LALAT..HEHE


COmey TAk ANA ADLYN BIla KENING LEbat....HUHUHU


Tuesday, December 4, 2012

DI PECAH PERIUK......NYUM...NYUM

SOSEJ ROLL


BAHAN A:
500 gm tepung high protien
30 gm susu tepung
70 gm gula
1 paket ibu roti [11 gm]
1 s/k pelembut roti [optional]
1 biji telur
1/2 s/k garam

BAHAN B:
250 ml air
80 gm majerin

BAHAN C:
sosej
bijan
kuning telur
majerin


METHODS:
   



1.     Masukkan dan gaulkan rata semua bahan A.
2.     Masukkan air dan gaulkan lagi sehingga sebati.
3.     Masukkan majerin dan gaulkan sehingga adunan kelihatan sebati [anggaran 10 minit].
4.     Bahagikan adunan pada 60 gm setiap dan buatkan bulat2. Ketepikan.
5.     Ambil 1 doh dan gelek supaya menjadi panjang (macam kopok lekor) dan lilitkan dikeliling sosej.
6.     Perapkan sehingga saiz roti naik sekali ganda.
7.     Sapukan dengan kuning telur dan taburkan sedikit bijan.
8.     Bakar dalam suhu 200'C selama 20 -25 minit atau sehingga kuning keemasan.
9.     Keluarkan dan sapukan majerin untuk kelihatan berkilat dan menarik.
10.  Keluarkan dan sapukan majerin pada roti yg telah masak.

KUNG PAO CHICKEN



INGREDIENTS A
:

600 gm isi ayam - potong dadu
1 s/b tepung jagung
1 sk garam

- isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - then goreng dan toskan.

INGREDIENTS B:

100 gm kacang gajus - [kakliza beli yg dalam paket kat kedai tu]
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
3 s/b sos tiram
2 s/b sos tomato
1/4 cwn air
minyak tuk menumis

METHODS:

1.     Panaskan sedikit minyak dlm kuali.
2.     Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan.
3.     Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
4.     Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air.
5.     Biakan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api.

 

SUP STEAMBOAT




INGREDIENTS:

2 ekor kerangka ayam [potong kecil]
500 gm ayam [potong kecil]
3 biji tomato (dibelah 4)
2 biji bawang besar (dihiris)
2  batang serai (diketuk)
8 biji cili padi (diketuk)
1 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu besar pes tomyam
1 batang celery (potong kecil)
3 helai daun limau purut (koyakkan)
Air & garam secukupnya
2 biji limau nipis (ambil jus)
1 pokok daun ketumbar (cincang)

METHODS:

1.     Masukkan semua bahan kecuali limau nipis dan daun ketumbar dan renehkan selama 1 jam.
2.     Masukkan dalam stembot pot dan rebuskan dengan chicken ball, fishball, sotong ball, prawnball dan juga apa-apa bahan yg disukai.


SOS CILI

INGREDIENTS:

10 tangkai cili kering
1 s/b udang kering
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 s/b oren sunquick

BAHAN TUMIS:

minyak
gula
garam

METHODS:

1.     Mesinkan semua bahan dan tumiskan dengan sedikit minyak.
2.     Bila telah wangi masukkan gula dn garam.
3.     Kacau rata dan bila nampak agak pekat boleh angkat dan hidangkan.

 

DI PECAH PERIUK....BELANGA....

Kan Dah kata mesti rimau juga pilihan di hati...hahahahahaha


TETIBA AKU MASUKKAN RESEPI HUHUHU....TRY OKAY MY SISTER MMMUAH

DAGING BLACKPEPPER


INGREDIENTS
:

500 gm daging lembu [potong kecil dan nipis]
2 s/b kicap pekat
2 s/b tepung jagung ] bancuh
1 cawan air ]
2 s/b lada hitam [tumbuk]
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...

BAHAN TUMIS (MAYANG / HIRISKAN):

5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

BAHAN HIASAN:

2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang (potong 1 inci)
1 biji tomato (belah 6)
2 biji cili merah
2 biji cili hijau

INGREDIENTS:

1.     Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
2.     Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut.
3.     Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kicap pekat.
4.     Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
5.     Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.


BEEF STEAK



INGREDIENTS:

500 gm daging steak/tenderloin [bersihkan]
1 s/b kicap pekat
1 s/k madu/gula
1 s/b sos plum

BAHAN KISAR:

1 s/k lada hitam
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang
1 batang serai
1 inci halia

METHODS:

1.     Daging dipotong lebar setebal 1 cm [1/2 inci].
2.     Gaulkan semua bahan yg disediakan dan perapkan selama 4 atau 5 jam.
3.     Masukkan semua bahan dalam non-stick pan dan tutupkan dgn tudung.
4.     Masakkan atas api sederhana sehingga air kering dan daging lembut.
5.     Angkat daging dan sediakan sos.


SOS LADA HITAM

INGREDIENTS
:
 
1 s/b lada hitam
1 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 s/b sos tomato
1 s/b kicap pekat

METHODS:

1.     Gunakan non-stick pan yg merebuskan daging tadi.
2.     Panaskan semua bahan termasuk bahan lebihan daging dalam non-stick pan tadi.
3.     Bila mendideh, tuangkan dalam mangkuk dan sediakan sayuran untuk hidangan.

SAYUR-SAYURAN

Salad bulat [potong kecil]
tomato segar [potong baji/nipis]
kentang goreng [potato chips]
baked beans [panaskan sikit]


 
SOTO DAGING



INGREDIENTS (For 10 people serve)
:

1 kg daging [potong kecil]
nasi impit atau mee/bihun
taugeh [buangkan kakinya]
daun bawang dan daun sup [racikkan]
bawang goreng
air secukupnya
garam
minyak

BAHAN TUMIS:

4 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih

BAHAN KISAR:

6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
5 cm halia
3 cm lengkuas
3 batang serai
3 s/b rempah kurma
1 s/b lada hitam
5 biji buah keras



METHODS:

1.     Panaskan minyak. Tumiskan bahan tumis dan bahan kisar sehingga wangi.
2.     Masukkan daging garam dan air secukupnya. Biarkan mereneh sehingga daging lembut.
3.     Untuk hidangan masukkan nasi impit atau mee/bihun dan daging serta bahan lain dan sendukkan sup/kuah tadi.
4.     Untuk memberikan perisa tambahkan kicap pedas dan pegedil.




KICAP PEDAS (MESINKAN HALUS)

20 biji cili api
1/2 cawan kicap manis/pekat
2 ulas bawang putih
5 biji jus limau kasturi
garam

BEGEDIL DAGING

INGREDIENTS:
 
500 gm kentang....rebus dan hancurkan
200 gm daging kisar
1/2 cawan bawang goreng
2 tangkai daun sup.............]mayang halus
2 tangkai daun bawang.......]
1 s/k lada sulah
1 s/b tepung jagung
garam
2 biji telur..pukul
minyak untuk menggoreng

METHODS:

1.     Gaulkan semua bahn kecuali telur.
2.     Bentukkan adunan supaya menjadi bulat dan leper.
3.     Celupan kedalam telur yg dipukul.
4.     Gorengkan dalam minyak.
5.     Angkat dan toskan.
6.     Hidangkan bersama soto atau bihun soto atau mee soto.

NOTE: BUAT KAKAKKU ROSHILA KHOSHIM....SILA MASAK YER UNTUK SUAMI DAN ANAK2 TERSAYANG...Hehe

Monday, December 3, 2012

AUUUUUUUUUUUM......AKU SUKA


AKU SUKA BAJU BELANG DAN BINTIK HARIMAU....HEHEHE..

HAPPY ANNIVERSARY!!!!


SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KALI YANG KE 4 TAHUN...DAN SEKALUNG TAHNIAH SEBAB DAH ADE BABY....ALHAMDULILLAH BUAT KAMI...BERSYUKUR YANG TIDAK TERHINGGA PADA ALLAH SWT DENGAN SEGALA LIMPAH KURNIANNYA....HIDUP BEGITU BERMAKNA !!SEMOGA JODOH HINGGA KE SYURGA....AMIN


R.....N......U

Thingking About her....Ape khabar dia sekarang nie...Mesti dah nampak besar perut dia..Ok Haizan syida doakan haizan cepat sihat dan baby cepat besar ok...tak sabar nak tgk kemunculan haizan kat ofis nie...


Selalu rindukan Budak Ini....Sekarang Nur Ana Adlyn dah pandai berdiri jalan satu langkah...Hehe cepatnyer dik tup tap2 dah besor dah yer....Abah dan Mama sayang sangat2......MuahMuah....