Setiap luka ada penawarnya....Allah yang maha Berkuasa...Maha Mengetahui Segalanya...

Setiap luka ada penawarnya....Allah yang maha Berkuasa...Maha Mengetahui Segalanya...

Thursday, December 13, 2012

BILA ANA SUKA MAKAN AYAM BAKAR.....NYUM...NYUM

HUIH kEMAIN DIA MAKAN KAKI AYAM NIE....LIAT KOT BARU TUMBUH GIGI MASA NIE...DIA HISAP JER....HUHU...NIE GAMBAR KAT BESOUT LEPAS BAKAR AYAM....YUMMY...KAL KEY EL TAK BLEH NAK BAKAR AYAM....

Anak AYU IsmAIL : MUHAMMAD AMSYAR AIMAN


DAH BESAR DAH ANAK AYU NIE.....HUHU

BILA ANA KENING LEBAT DAN ADE TAIK LALAT..HEHE


COmey TAk ANA ADLYN BIla KENING LEbat....HUHUHU


Tuesday, December 4, 2012

DI PECAH PERIUK......NYUM...NYUM

SOSEJ ROLL


BAHAN A:
500 gm tepung high protien
30 gm susu tepung
70 gm gula
1 paket ibu roti [11 gm]
1 s/k pelembut roti [optional]
1 biji telur
1/2 s/k garam

BAHAN B:
250 ml air
80 gm majerin

BAHAN C:
sosej
bijan
kuning telur
majerin


METHODS:
   



1.     Masukkan dan gaulkan rata semua bahan A.
2.     Masukkan air dan gaulkan lagi sehingga sebati.
3.     Masukkan majerin dan gaulkan sehingga adunan kelihatan sebati [anggaran 10 minit].
4.     Bahagikan adunan pada 60 gm setiap dan buatkan bulat2. Ketepikan.
5.     Ambil 1 doh dan gelek supaya menjadi panjang (macam kopok lekor) dan lilitkan dikeliling sosej.
6.     Perapkan sehingga saiz roti naik sekali ganda.
7.     Sapukan dengan kuning telur dan taburkan sedikit bijan.
8.     Bakar dalam suhu 200'C selama 20 -25 minit atau sehingga kuning keemasan.
9.     Keluarkan dan sapukan majerin untuk kelihatan berkilat dan menarik.
10.  Keluarkan dan sapukan majerin pada roti yg telah masak.

KUNG PAO CHICKEN



INGREDIENTS A
:

600 gm isi ayam - potong dadu
1 s/b tepung jagung
1 sk garam

- isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - then goreng dan toskan.

INGREDIENTS B:

100 gm kacang gajus - [kakliza beli yg dalam paket kat kedai tu]
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
3 s/b sos tiram
2 s/b sos tomato
1/4 cwn air
minyak tuk menumis

METHODS:

1.     Panaskan sedikit minyak dlm kuali.
2.     Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan.
3.     Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
4.     Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air.
5.     Biakan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api.

 

SUP STEAMBOAT




INGREDIENTS:

2 ekor kerangka ayam [potong kecil]
500 gm ayam [potong kecil]
3 biji tomato (dibelah 4)
2 biji bawang besar (dihiris)
2  batang serai (diketuk)
8 biji cili padi (diketuk)
1 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu besar pes tomyam
1 batang celery (potong kecil)
3 helai daun limau purut (koyakkan)
Air & garam secukupnya
2 biji limau nipis (ambil jus)
1 pokok daun ketumbar (cincang)

METHODS:

1.     Masukkan semua bahan kecuali limau nipis dan daun ketumbar dan renehkan selama 1 jam.
2.     Masukkan dalam stembot pot dan rebuskan dengan chicken ball, fishball, sotong ball, prawnball dan juga apa-apa bahan yg disukai.


SOS CILI

INGREDIENTS:

10 tangkai cili kering
1 s/b udang kering
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 s/b oren sunquick

BAHAN TUMIS:

minyak
gula
garam

METHODS:

1.     Mesinkan semua bahan dan tumiskan dengan sedikit minyak.
2.     Bila telah wangi masukkan gula dn garam.
3.     Kacau rata dan bila nampak agak pekat boleh angkat dan hidangkan.

 

DI PECAH PERIUK....BELANGA....

Kan Dah kata mesti rimau juga pilihan di hati...hahahahahaha


TETIBA AKU MASUKKAN RESEPI HUHUHU....TRY OKAY MY SISTER MMMUAH

DAGING BLACKPEPPER


INGREDIENTS
:

500 gm daging lembu [potong kecil dan nipis]
2 s/b kicap pekat
2 s/b tepung jagung ] bancuh
1 cawan air ]
2 s/b lada hitam [tumbuk]
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...

BAHAN TUMIS (MAYANG / HIRISKAN):

5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

BAHAN HIASAN:

2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang (potong 1 inci)
1 biji tomato (belah 6)
2 biji cili merah
2 biji cili hijau

INGREDIENTS:

1.     Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
2.     Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut.
3.     Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kicap pekat.
4.     Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
5.     Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.


BEEF STEAK



INGREDIENTS:

500 gm daging steak/tenderloin [bersihkan]
1 s/b kicap pekat
1 s/k madu/gula
1 s/b sos plum

BAHAN KISAR:

1 s/k lada hitam
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang
1 batang serai
1 inci halia

METHODS:

1.     Daging dipotong lebar setebal 1 cm [1/2 inci].
2.     Gaulkan semua bahan yg disediakan dan perapkan selama 4 atau 5 jam.
3.     Masukkan semua bahan dalam non-stick pan dan tutupkan dgn tudung.
4.     Masakkan atas api sederhana sehingga air kering dan daging lembut.
5.     Angkat daging dan sediakan sos.


SOS LADA HITAM

INGREDIENTS
:
 
1 s/b lada hitam
1 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 s/b sos tomato
1 s/b kicap pekat

METHODS:

1.     Gunakan non-stick pan yg merebuskan daging tadi.
2.     Panaskan semua bahan termasuk bahan lebihan daging dalam non-stick pan tadi.
3.     Bila mendideh, tuangkan dalam mangkuk dan sediakan sayuran untuk hidangan.

SAYUR-SAYURAN

Salad bulat [potong kecil]
tomato segar [potong baji/nipis]
kentang goreng [potato chips]
baked beans [panaskan sikit]


 
SOTO DAGING



INGREDIENTS (For 10 people serve)
:

1 kg daging [potong kecil]
nasi impit atau mee/bihun
taugeh [buangkan kakinya]
daun bawang dan daun sup [racikkan]
bawang goreng
air secukupnya
garam
minyak

BAHAN TUMIS:

4 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih

BAHAN KISAR:

6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
5 cm halia
3 cm lengkuas
3 batang serai
3 s/b rempah kurma
1 s/b lada hitam
5 biji buah keras



METHODS:

1.     Panaskan minyak. Tumiskan bahan tumis dan bahan kisar sehingga wangi.
2.     Masukkan daging garam dan air secukupnya. Biarkan mereneh sehingga daging lembut.
3.     Untuk hidangan masukkan nasi impit atau mee/bihun dan daging serta bahan lain dan sendukkan sup/kuah tadi.
4.     Untuk memberikan perisa tambahkan kicap pedas dan pegedil.




KICAP PEDAS (MESINKAN HALUS)

20 biji cili api
1/2 cawan kicap manis/pekat
2 ulas bawang putih
5 biji jus limau kasturi
garam

BEGEDIL DAGING

INGREDIENTS:
 
500 gm kentang....rebus dan hancurkan
200 gm daging kisar
1/2 cawan bawang goreng
2 tangkai daun sup.............]mayang halus
2 tangkai daun bawang.......]
1 s/k lada sulah
1 s/b tepung jagung
garam
2 biji telur..pukul
minyak untuk menggoreng

METHODS:

1.     Gaulkan semua bahn kecuali telur.
2.     Bentukkan adunan supaya menjadi bulat dan leper.
3.     Celupan kedalam telur yg dipukul.
4.     Gorengkan dalam minyak.
5.     Angkat dan toskan.
6.     Hidangkan bersama soto atau bihun soto atau mee soto.

NOTE: BUAT KAKAKKU ROSHILA KHOSHIM....SILA MASAK YER UNTUK SUAMI DAN ANAK2 TERSAYANG...Hehe

Monday, December 3, 2012

AUUUUUUUUUUUM......AKU SUKA


AKU SUKA BAJU BELANG DAN BINTIK HARIMAU....HEHEHE..

HAPPY ANNIVERSARY!!!!


SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KALI YANG KE 4 TAHUN...DAN SEKALUNG TAHNIAH SEBAB DAH ADE BABY....ALHAMDULILLAH BUAT KAMI...BERSYUKUR YANG TIDAK TERHINGGA PADA ALLAH SWT DENGAN SEGALA LIMPAH KURNIANNYA....HIDUP BEGITU BERMAKNA !!SEMOGA JODOH HINGGA KE SYURGA....AMIN


R.....N......U

Thingking About her....Ape khabar dia sekarang nie...Mesti dah nampak besar perut dia..Ok Haizan syida doakan haizan cepat sihat dan baby cepat besar ok...tak sabar nak tgk kemunculan haizan kat ofis nie...


Selalu rindukan Budak Ini....Sekarang Nur Ana Adlyn dah pandai berdiri jalan satu langkah...Hehe cepatnyer dik tup tap2 dah besor dah yer....Abah dan Mama sayang sangat2......MuahMuah....


Thursday, November 22, 2012

MOTIVASI : KARAKTER BURUK MANUSIA MENGIKUT AL - QURAN

15 SIFAT BURUK MANUSIA MENGIKUT AL-QURAN
Umar berkata

“ya Allah, Engkau muliakan kami dengan iman dan islam”

Mari Kita Hayati Sedikit Sifat2 Buruk Manusia Yang Diperkatakan Oleh Al-Quran..

Pertama, Manusia itu LEMAH

Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. (An-Nisaa' 4:28)

Kedua, manusia itu MUDAH TERPERDAYA

Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? - (Al-Infitaar 82:6)

Ketiga, manusia itu LALAI

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), - (At-Takaathur 102:1)

Keempat manusia itu MUDAH RISAU

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Al-Baqarah 2:155)

Kelima, manusia itu BERSEDIH HATI

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Al-Baqarah 2:62)

Keenam, manusia itu TERGESA-GESA

Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru. (Al-Israa' 17:11)

Ketujuh, manusia itu SUKA MEMBANTAH

Ia menciptakan manusia dari air benih, (setelah sempurna kejadiannya), tiba-tiba menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya. (Al-Nahl 16:4)

Kelapan, manusia itu SUKA BERLEBIH-LEBIHAN

Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan. (Yunus 10:12)

Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), (Al-'Alaq 96:6)

Kesembilan, manusia itu PELUPA

"Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripadaNya, lupalah ia akan segala bahaya yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan ia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari jalan Allah. Katakanlah (kepadanya): "Bersenang-senanglah engkau dengan kekufuranmu itu bagi sementara, sesungguhnya engkau dari penduduk neraka. "(Az-Zumar 39:8)

Kesepuluh, manusia itu SUKA BERKELUH-KESAH

“Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah” ( Al Ma’arij : 20)

“Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika mereka ditimpa malapetaka dia menjadi putus asa lagi putus harapan.” (Al-Fushshilat : 20)

Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah ia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia merasai kesusahan, jadilah ia berputus asa. (Al-Israa' 17:83)

Kesebelas, manusia itu KIKIR

Katakanlah (wahai muhammad): "jika kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhanku pada ketika itu tentulah kamu akan berlaku bakhil kedekut kerana takut kehabisan; dan sememangnya manusia itu bertabiat bakhil kedekut". (Al-Israa' 17:100)

Keduabelas, manusia itu SUKA MENGKUFURI NIKMAT

Dan mereka (yang musyrik mempersekutukan Allah dengan) menjadikan sebahagian dari hamba-hamba Allah sebagai anak bagiNya. Sesungguhnya manusia (yang demikian sesatnya) sangat tidak mengenang budi, lagi nyata kufurnya. (Az-Zukhruf 43:15)

Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya. (Al-'Aadiyaat 100:6)

Ketigabelas, manusia itu ZALIM dan BODOH

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (Al-Ahzaab 33:72)

Keempatbelas, manusia itu SUKA MENURUTI PRASANGKANYA

Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. (Yunus 10:26)

Kelimabelas, manusia itu SUKA BERANGAN-ANGAN

(Pada saat itu) mereka (yang munafik) menyeru orang-orang yang beriman (sambil berkata): "Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)?" Orang-orang yang beriman menjawab: "Benar! Akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik) dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam), dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara agama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu). Dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya). (Al-Hadiid 57:14)

Begitulah ... 15 sifat manusia yang disebutkan dalam al-Quran. Mengerikan bukan? Adapun islam, sudah memberikan solusi untuk segala sifat buruk manusia ini. Sungguh nikmat iman dan islam ini bukanlah sesuatu yang kita dapat dengan mudah..

Solusi pertama, tetap berpegang teguh kepada tali agama dan petunjuk dari Allah
Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita". (Al-Baqarah 2:38)

Solusi kedua, tetap berada dalam ketaatan walaupun berada dalam permasalahan

tetap berada dalam ketaatan disini, bererti bersegera melakukan amal-amal kebaikan. Mungkin seperti syair yang dilantunkan Abdullah bin Rawahah untuk mengembalikan semangatnya saat Semngatnya mulai menurun di perang mut’ah ketika dua orang sahabatnya yang juga Komandor pasukan pergi mendahuluinya. “wahai jiwa, jika syurga sudah di depan mata mengapa engkau ragu meraihnya”

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; (A-li'Imraan 3:133)

Solusi ketiga, jaga keimanan kita

Adalah sesuatu yang wajar, iman seseorang naik turun. Serupa dengan ape yg dibimbangkan sahabat Hanzalah, ketika dia mengadu kepada abu Bakar bahwa ia termasuk orang yang celaka. Mengapa begitu? karana dia merasa Imannya turun ketika jauh dari Rasulullah. ternyata Itu Yg dirasakan seorang lelaki yg kuat iman nya. Hingga mereka berdua akhirnya menghadap Rasulullah. Mendengar permasalahn mereka, Rasulullah hanya tersenyum dan menjawab, “selangkah demi selangkah Hanzalah!”

Oleh itu menjadi satu keperluan kepada kita umat nabi Muhammad Menjaga, Membersih ,Mendidik Iman Kita dari Jatuh...

Solusi keempat, Berjama’ah

Manusia itu lemah ketika sendiri dan kuat ketika berjama’ah.

Oleh itu berkumpul dengan Orang soleh adalah salah satu cara terbaek untuk Memantapkan Iman Kita Bahkan Ia dapat "Mengupdate" tahap Keimanan kita...

Pengajaran :
1) Sebagai Seorang Manusia adalah satu tanggungjawab kita melakukan sesuatu perkara mengikut Kitab Allah Al-Quran dan Sunah Rasullulah

Monday, November 19, 2012

MOTIVASI : ANAK ANUGERAH ALLAH..

Anak adalah rezeki daripada Allah yang sudah selayaknya pasangan suami isteri bersyukur atas rezeki berkenaan. Dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”

Antara bentuk rasa syukur adalah mengambil berat persoalan anak. Dengan demikian, terjalin hubungan harmoni dalam keluarga, lahirlah anak yang taat kepada dua ibu bapanya serta terbentuklah watak anak salih yang dapat membangunkan agama, bangsa dan negara.
Islam adalah agama yang sempurna. Islam sudah mengajar seluruh aspek kehidupan, termasuk hak anak yang perlu dipenuhi oleh kedua ibu bapa. Antara hak anak dalam Islam iaitu hendaklah mencari pasangan yang baik buat anak yang bakal dilahirkan hasil daripada perkahwinan. Rasulullah SAW sudah mengajar pemuda yang ingin berkahwin agar memilih wanita yang salihah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung – Hadis riwayat al-Bukhari.
Kedua, hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan badan agar terhindar daripada gangguan syaitan. Rasulullah SAW telah mengajar kepada kita seperti dalam satu hadis Baginda bersabda: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah ia membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana. Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami.

Jika Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan tidak boleh memudaratkannya.” – Riwayat al-Bukhari.
Ketiga, hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan ibunya. Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada anaknya.
Keempat, seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak melakukan perkara buruk yang akan berpengaruh kepada bayinya nanti.
Kelima, hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya sama ada perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi. Orang Quraisy pada zaman jahiliah apabila lahirnya anak perempuan, maka mereka membunuhnya. Begitu juga kadang-kadang Allah SWT menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang sempurna seperti buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dengan berlapang dada, maka ia tetap berasa senang. Namun, sekiranya ibu bapa tidak senang menerimanya, ia boleh membawa kepada penceraian atau pembunuhan pada anak tersebut.

Keenam, memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yang baik dan bagus didengar. Nama itulah yang akan mewakili dirinya untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, janganlah tersalah memberi nama. Janganlah diberi nama yang ada unsur menyamai dengan agama lain atau ahli maksiat dan orang yang terkenal kejahatannya. Berilah nama yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah, nama Nabi dan orang yang salih.
Ketujuh, memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang menakutkan dan perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan dengan mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya.

Kelapan, memberi pendidikan agama yang cukup. Kesembilan, menjaga kesucian anak itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya.
Demikianlah antara hak-hak anak. Wallahua’lam



Wednesday, November 14, 2012

AWAL MUHARAM (MAAL HIJRAH)


Esok seluruh umat islam akan menyambut awal muharam untuk tahun 2012. Marilah sama-sama kita mengambil masa sedikit untuk mengimbau kembali apakah pengertian yang sebenarnya di sebalik bulan muharam ini dan juga mengingati kembali peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada bulan muharam itu sendiri..

Awal muharam dan pengertiannya..
MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah
 (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk – makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

PERISTIWA PENTING BULAN MUHARAM : -
  1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
  2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku : -
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan ‘Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Terasa diri ini sangat kerdil seperti zarah- zarah yang berterbangan di bumi ciptaan Allah swt ini.....




Monday, November 12, 2012

MOTIVASI - MARI TIRU RASULULLAH SAW




PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

SEJUKNYER Hari NIE........


Assalam ya kawan2....Sejuknyer hari nie.....Tudung aku pakai dua lapis....Haahaa
MONDAY IS A BUSY DAY....
NOT MONDAY BLUES OKEY....Hadoyai....

Thursday, November 8, 2012

LEGANYA.............

MATRADE JUARA SKETSA BAGI BULAN BAHASA 2012!

ALLAH TU MAHA ADIL, DIA BAGI KAMI PULAK YANG BERJAYA DAPAT JUARA....
ALAHAMDULILLAH....


Thursday, November 1, 2012

MOTIVASI - ANAK OH ANAK

Berfikir secara kreatif adalah suatu kelebihan yang boleh dipupuk dalam diri anak-anak. Cara-cara mudah termasuk:

1. LAYANI DAYA KREATIVITI ANAK ANDA
Kanak-kanak dilahirkan bersifat kreatif. Lihat sahaja George de Mestral yang mereka cipta Velcro pada awal 1900an. Sewaktu kecil, George amat gemar bermain di luar dan mereka cipta pelbagai benda. Setiap kali berlari-lari di padang, dia amat kurang senang dengan sejenis bunga rumput liar yang melekat di seluarnya. Suatu hari, sekembalinya ke rumah, dia mengambil mikroskop dan meneliti bunga rumput liar itu. Rupa-rupanya bunga rumput itu ada beratus-ratus "hook" atau penyangkut halus yang tersangkut pada seluarnya! Dari sinilah tercetusnya idea untuk mereka cipta Velcro!

2. CERITAKAN KREATIVITI PELBAGAI JENIS
Media sering mengetengahkan beberapa aktiviti tertentu sebagai bercorak kreatif, contohnya melukis, menulis dan berlakun. Oleh itu, anak anda mungkin menyangka dia tidak kreatif jika dia tidak berminat dalam sebarang bidang ini. Sebenarnya, kreativiti merangkumi bidang yang amat luas. Kreativiti yang terbaik ialah kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan mengatasi apa jua situasi sukar yang anak anda tempuhi di dunia ini.

3. GALAKKAN ANAK BERFIKIR SECARA TERSENDIRI
Jangan sekali-kali diperli atau diperkecilkan idea yang diutarakan oleh anak anda. Kreativiti membabitkan dua proses : BERFIKIR secara kreatif dan MENGHASILKAN sesuatu yang kreatif, iaitu tidak seperti yang difikirkan oleh orang lain. Kanak-kanak perlukan dorongan untuk terus kreatif. Asalkan anda sanggup menyediakan ruang dan masa untuk dua perkara ini, selagi itulah anak anda merasa didorong dan disokong.

Contohnya:

Jika anda terlihat anak anda menyusun beberapa keping blok secara mendatar berkali-kali, tanya dia : "Mungkinkah ada cara lain untuk menyusun blok-blok ini?"

4. BERSEDIA UNTUK MELABUR
Besar kemungkinan, anak anda perlukan bantuan dari segi masa, ruang dan wang untuk menukar ideanya menjadi suatu realiti. Anggaplah masa, ruang dan wang yang anda belanjakan sebagai suatu pelaburan, bukannya kos yang membazirkan, meskipun hasilnya tidak seperti yang anda atau dia impikan. Tentunya dia belajar sesuatu yang berharga sepanjang usaha tersebut.

Kembali kita ke cerita Hang Nadim. Pemikirannya yang bijak menjadikannya seorang yang disegani di pulau Singapura. Timbul pula rasa iri hati di kalangan sesetengah pihak. Suatu hari, seorang insan yang terlalu cemburu dengan kelebihan Hang Nadim membisikkan kepada Raja bahawa Hang Nadim suatu hari nanti akan menjadi ancaman terhadap pengaruh dan kuasa baginda. Malah, tentu Hang Nadim akan menggulingkan dan merampas kuasa baginda bila dewasa nanti! Akhirnya, Raja memerintahkan Hang Nadim supaya dibuang ke laut. Benar atau tidak kisah ini, Wallahua'lam.

Sebagai ibu bapa, mungkin kita tidak sekejam Raja dalam cerita di atas. Namun, kita mungkin terasa tidak senang bila anak kita menyuarakan sesuatu idea yang berbeza. Kita mungkin merasa tercabar bila tidak mampu menjawab soalan-soalan yang diutarakan oleh anak kita sendiri.

Sebenarnya, anak-anak perlu belajar bahawa ibu bapa tidak mempunyai jawapan bagi kesemua soalan mereka. Oleh itu, untuk memastikan anak anda terus kreatif, jangan persendakan idea-idea yang anak anda berikan, meskipun bunyinya tidak masuk akal bagi anda.


Motivasi - PERCAYA DIRI -

Aset paling berharga bagi kebanyakan orang adalah juga aset yang paling kurang dihargai. Aset itu, bila ditangani dengan semestinya, akan mampu memberikan hasil secara dramatik. Aset yang tidak dapat dikenakan harga setinggi apapun. Itulah otak manusia, fikiran dan proses berfikir.

Otak merupakan kawasan penyimpanan yang kapasitinya luarbiasa, menjadi pentinglah untuk berhati-hati di dalam mengisinya. Sebahagian orang mempunyai otak yang penuh dengan pemikiran dan pengalaman negatif. Mereka akan secara terus-menerus "menanamkan input" - saya tidak mampu - dengan setompok alasan mengapa mereka tidak mampu. Sehingga ketika dihadapkan pada sebuah kesempatan atau cabaran baru, otak mereka, ketika ditanya, mengirimkan jawapan : Tidak, kamu tidak mampu, atau tanggapan lain seperti itu.

Lima langkah yang diperlukan untuk membangun kepercayaan diri dan yang pada gilirannya membangun rasa percaya diri bagi motivasi diri dari dalam.

1. Hindari Mencari-Cari Alasan

Begitu ramai orang mengurungkan niat mereka dengan mengajukan alasan yang tidak masuk akal dan samasekali salah. Seperti :

- Saya tidak boleh
- Saya tidak mampu sebab...
- Pendidikan saya belum memadai
- Saya sudah terlalu tua
- Saya masih terlalu muda, dll

Siapapun dapat mencari alasan bagi hampir segalanya, maka dalam membangun kepercayaan diri, jangan sekali-kali membuat alasan. Perkara ini mungkin sangat menyenangkan dan mententeramkan hati, tetapi alasan-alasan hanya akan menghambat seseoarang dari pencapaian sasaran. Ingatlah bahawa otak anda adalah kawasan penyimpanan -- apa yang anda masukkan pada gilirannya akan keluar lagi, jadi gantilah penyisipan hal-hal negatif dengan hal-hal positif.

2. Gunakan Daya Imajinasi
Otak dengan kapasitinya yang tidak terbatas dapat membantu anda dengan tanpa batasan mencapai cita-cita hidup jika anda memberinya kesempatan. Biarkan dia menggambarkan diri anda sebagai peribadi yang anda inginkan. Dengan jelas menggambarkan apapun wujud yang anda inginkan. Semakin anda memikirkan itu semua semakin besar kepastian  akan suatu hasil yang positif. Jika anda terus menerus membiarkan fikiran anda dipenuhi dengan bermacam-macam pemikiran mengenai penyakit dan kesihatan yang buruk, anda hampir pasti akan mengalami penyakit yang anda pikirkan. JIka anda terus menerus memikirkan hasil negatif tentang pergaulan atau karier bisnis, pemikiran itu pada gilirannya akan mengakar dalam diri anda.

Maka dalam proses membangun kepercayaan diri dengan menggunakan proses kesan daya imajinasi otak, pentinglah untuk menjadi yakin bahawa apa yang sedang anda fikirkan dan lihat dengan jelas adalah perkara yang positif. Perkara yang positif itu harus memungkinkan kesan positif pada diri anda dan peningkatannya, serta pemikiran positif itu harus mengarah ke sasaran anda, cita-cita dan kebahagiaan dalam hidup.

3. Jangan Takut Gagal
Kegagalan telah mengahalangi begitu ramai orang sehingga mereka mundur sebelum mencuba, berbuat atau meraih keberhasilan sebab mereka tidak mampu menerima terminologi dimana ada kemungkinan untuk gagal. Sebahagian orang benar-benar tidak pernah mencuba sesuatupun sebab rasa takut gagal ini telah menguasai otak mereka selama bertahun-tahun. Setiap hari mereka memikirkan kegagalan ini sehingga mereka tidak pernah sungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada akhirnya mereka tidak percaya diri dan penuh keraguan.

4. Penampilan Membentuk Kepercayaan Diri
Penampilan luar memang bukan segalanya. Kadang-kadang perlu untuk membelanjakan wang demi penampilan luar yang menarik, kerana dengan penampilan luar yang menarik memberi kesempatan yang ada dalam diri anda untuk merasa baik. Tetapi haruslah tetap bersikap realistik. Sebahagian orang bersikap berlebihan dalam penampilan mereka dan pada akhirnya semua itu hanya demi kepuasan ego mereka.

5. Susunlah Catitan Mengenai Sukses Yang Diperoleh
Setiap orang pernah mencapai kejayaan dalam hidupnya. Cara mengumpulkan catitan kejayaan masa lalu sangat sederhana. Fikirkan balik kejayaan anda yang paling awal yang mungkin terjadi pada masa sekolah ketika memenangi lumba lari sambil meletakkan "Bean Bag" atas kepala atau berlari dengan memakai guni "Sack Race". Mungkin juga berawal dari ucapan tahniah ketika memenangi pertandingan lukisan. Ini  dapat dilakukan secara lisan pada suatu audio kaset atau buku catitan. Anda boleh melihat kembali catitan dan memperbaharui aset paling berharga anda dengan kenangan akan kejayaan tersebut.

Motivasi hanya dapat mengabadikan diri berdasarkan harapan. Untuk memotivasi diri, seseorang harus memiliki harapan tentang sebuah masa depan. Oleh kerana itu dalam memotivasi diri seseorang bertanggungjawab untuk menciptakan sendiri harapannya.

Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.