Setiap luka ada penawarnya....Allah yang maha Berkuasa...Maha Mengetahui Segalanya...

Setiap luka ada penawarnya....Allah yang maha Berkuasa...Maha Mengetahui Segalanya...

Tuesday, March 10, 2015

Anak Mama.....Miss U.....

Ketika ini, detik ini terlalu indah buat mama, dikau hadir dalam rahim mama, hadirmu membawa beribu kenangan yang terindah buat mama, duhai puteriku, ku iringi mu dengan doa dan harapan agar dapatku bertemu dengan mu di syurga, ku ingin mencium dan membelaimu sepuas hati ku...sesungguhnya kehadiranmu membawa seribu makna buat mama, tak pernah sedetik pun mama melupakanmu, nama dan wajahmu tersemat jauh dilubuk hati mama, tangis dan sedih hanya bergelora di dalam dada, kesedihan ini hanya Allah sahaja yang maha mengetahuiNya, mama redha segala ketentuan yang maha Esa..Kau ibarat sebutir permata yang hadir dalam diri mama. Dalam tangis ini, mama tetap redha dengan yang Maha Kuasa, dengan linangan air mata mama merelakan dikau pergi menemui penciptamu....Allah swt.

POHON DARI SYURGA...


ALANGKAH SERONOKNYA JIKA DAPAT MENANAM POHON INI, BUAHNYA BEGITU BERKHASIAT ...INILAH BUAH TIN(FIG)..JIKA SEPOKOK BOLEH SAMPAI BERATUS HARGANYA...YANG BESTNYA POKOK INI BOLEH DITANAM DI IKLIM MALAYSIA NIE...MASYAALLAH HEBATNYA!!


Thursday, March 5, 2015

Bila Mood Ke Laut..

Setiap kali akan berlaku pada aku...mood ke laut..hadoilah...tolong Ya Allah, kuatkan hati ini...Agar hati ini bisa teguh, bisa utuh dalam apa jua keadaan, aku tidak mahu menjadi manusia2 hipokrit yang terlalu sayangkan dunia ini ibarat tiada lagi dunia lain iaitu akhirat...aku mahu diriku tegar dalam apa jua ujian dan dugaan dan istiqamah walaupun tipu daya syaitan itu ada...Ya Allah jauhkanlah aku dan keluarga serta keturunanku dari segala kejahatan dunia ini...Amin.

Monday, January 26, 2015

HARI INI LAHIRNYA KAMU...NAMUN ALLAH LEBIH MENYAYANGIMU PUTERIKU SITI KHADIJAH...

Sayangku Siti Khadijah, 
Hari ini adalah hari lahirmu, 
jika kau ada umurmu adalah setahun,
 Mungkin kau sudah mula bertatih,
 Bergelak manja dengan kakakmu Ana,
 Duhai anakku,
 mama sentiasa berdoa untuk bertemu dengan mu kelak 
Wahai anak, 
kasih mama tidak pernah terpadam untukmu.. 
Kasih dan rindu ini seiring nafas dan degup jantung mama..
 Walaupun kita tidak bisa bertemu di dunia yanga fana ini.. 
Mama mohon pada ilahi dapat bertemu kamu di Syurga Yang ABADI... 
Doakan mama, abah, dan kakakmu mu beriman dan bertakwa..
. SELAMAT HARI LAHIR SAYANG...
 SEMOGA KASIH KITA KEKAL BERTEMU DI SYURGA YANG ABADI... 
TARIKLAH KAMI BERSAMAMU KEDALAM SYURGA NANTI...
 SESUNGGUHNYA MAMA,ABAH,KAKAK ANA 
AMAT MERINDUIMU...

Thursday, January 22, 2015

MANUSIA BERMUKA - MUKA...NAUZUBILLAHHIMINZALIK


3 watak manusia talam dua muka
Individu yang bersifat dua wajah sememangnya dicela agama. Istilah Arab menyebutnya sebagai an-namimah. Orang Melayu sinonim menyebutnya sebagai talam dua muka. Apapun istilah yang diberikan, yang dimaksudkan ialah jenis manusia yang jahat akhlak dan perilakunya. Rasulullah SAW bersabda: “Apakah kamu tahu siapakah sejahat-jahat kamu? Jawab sahabat: Allah SWT dan Rasulullah SAW yang lebih tahu. Rasulullah SAW bersabda: Sejahat-jahat kamu ialah orang yang bermuka dua, yang menghadap kepada ini dengan wajah dan datang ke sana dengan wajah yang lain.” (Riwayat Abu Hurairah).
Bijak berlakon Imam An-Nawawi berkata, yang dimaksudkan dengan orang bermuka dua iaitu orang yang datang kepada satu kelompok dengan menampakkan seolah-olah dirinya berada di pihak mereka dan berseberangan dengan pihak lawannya. Tetapi pada waktu sama, dia juga datang kepada kelompok lain dan melakukan hal serupa. Individu yang berwatak dua muka ini dilihat menjadi pemecah-belah hubungan antara rakan yang lain. Agak sukar mengesan sifat dan sikapnya kerana mampu melakonkan watak dengan berkesan hingga berjaya mempengaruhi orang lain. Ada tiga watak manusia bertalam dua muka ini.

Pertamanya, manusia yang bermulut manis di bibir tetapi ada racun di hatinya. Manusia jenis ini sangat vokal dalam berkata-kata dan mempunyai tarikan tersendiri hingga mempesonakan hati orang yang mendengarnya. Dia dianggap orang lain mempunyai hati yang baik, jujur, sentiasa berbuat kebaikan dan seorang pemikir yang sentiasa memikirkan kepentingan umum tetapi pada hakikatnya berlawanan daripada apa dianggap masyarakat.
Keduanya, manusia perosak masyarakat tidak mempunyai rasa malu dan sanggup melakukan apa saja untuk merosakkan kesatuan masyarakat. Kerosakan yang dilakukan semata-mata kerana tidak dapat mengawal perasaan apabila melihat orang lain mendapat kebaikan. Pada masa sama manusia yang bertalam dua muka ini menjanjikan lebih kebaikan yang tidak termampu untuknya laksanakan. Tiada perasaan malu Ketiganya, manusia yang tidak boleh ditegur dan dikritik. Mereka ini tidak boleh menerima pendapat orang lain serta menghormati perbezaan pendapat. Apabila diajak membetulkan kesilapan diri, diseru mengikut jalan yang betul serta diajak secara jujur, mereka menjadi sombong, angkuh dan bongkak.
Watak manusia sebegini adalah disebabkan mereka tidak dapat melihat kesalahan sendiri atau kumpulan mereka. Mereka selalu berasa benar dan bijak, manakala kesilapan datangnya daripada orang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang mempunyai dua muka di dunia, maka pada hari kiamat kelak dia akan diberi dua mulut dari api neraka.” (Riwayat Abu Dawud dan Ad-Darimi dari Ammar bin Yasir) Al-Alqami mengatakan: “Orang yang bermuka dua ini diberi dua mulut oleh Allah kelak ketika di neraka, kerana dulu saat di dunia dia suka mendatangi dua kelompok berbeza dengan muka yang berbeza pula. Setiap kali datang kepada satu kelompok, dia mengatakan sesuatu yang berbeza dengan apa yang dikatakannya kepada kelompok lain. Dia mempunyai dua mulut. Maka Allah pun membuatkan dua mulut baginya di neraka.” Tak ikhlas, penting diri sendiri Orang yang bermuka dua dicela oleh agama kerana sikap buruknya yang membunuh sahsiah sendiri. Mereka ini tidak pernah ikhlas dan sentiasa menyimpan kepentingan diri. Memuji dan mengutuk baginya adalah perkara biasa. Rasulullah SAW bersabda: “Kalian pasti akan bertemu dengan orang yang paling Allah benci, iaitu mereka yang bermuka-muka. Di satu kesempatan, mereka memperlihatkan satu sisi muka, namun di kala yang lain, mereka memperlihatkan muka yang lain pula.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Justeru, kita diingatkan supaya berhati-hati dengan sikap pihak yang suka bermuka-muka ini. Berhati-hati maksudnya untuk tidak mudah percaya kepada cakap-cakap manis dengan mengutuk pihak kedua. Usah terlalu mudah mempercayai setiap perkataan terutama yang berkaitan keburukan orang lain. Antara sebab jatuhnya kerajaan Melayu Melaka ketika serangan Portugis adalah angkara pemain talam dua muka ini. Mereka menjadi penyokong setia kerajaan Melaka namun pada masa sama menyebelahi Portugis untuk menjatuhkan kerajaan Melaka. Pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya: “Jangan engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.”

PENGHASUT...NAUZUBILLAHIMINZALIK...

QARIN - PENGHASUT بسم الله الرحمن الرحيم وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦) وَإِنَّہُمۡ لَيَصُدُّونَہُمۡ عَنِ ٱلسَّبِيلِ وَيَحۡسَبُونَ أَنَّہُم مُّهۡتَدُونَ (٣٧) حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءَنَا قَالَ يَـٰلَيۡتَ بَيۡنِى وَبَيۡنَكَ بُعۡدَ ٱلۡمَشۡرِقَيۡنِ فَبِئۡسَ ٱلۡقَرِينُ (٣٨) وَلَن يَنفَعَڪُمُ ٱلۡيَوۡمَ إِذ ظَّلَمۡتُمۡ أَنَّكُمۡ فِى ٱلۡعَذَابِ مُشۡتَرِكُونَ (٣٩) Surah Az-Zukhruf (43) Ayar 36~39 Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. (36) Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. (37) Sehingga apabila dia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah dia (kepada Syaitannya): Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman. (38) (Lalu dikatakan kepada mereka): Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab. (39) Sabda Rasulullah s.a.w daripada Abdullah Mas'ud r.a yang maksudnya " Setiap kamu ada qarin daripada bangsa Jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya "Engkau Juga ya Rasulullah?" Sabdanya, Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga qarin itu dapat ku Islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja (Riwayat ahmad dan Muslim). Aisyah r.a menceritakan pada satu malam Rasulullah s.a.w keluar dari rumannya (Aisyah), Aisyah berkata. "Aku merasa cemburu. Tiba-tiba baginda berpatah balik dan bertanya, Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata, Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah, Sabda baginda, Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya "Apakah aku ada syaitan?" Sabda baginda "Setiap insan ada syaitan, iaitu qarin, Aku bertanya lagi, Adakah engkau ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab baginda, Ya tetapi Allah membantu ku sehingga qarin ku telah masuk Islam (Riwayat Muslim) Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi) Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum." Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir. Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan. Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah. Dalam kisah yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah, bahwa ketika tiba giliran Iblis untuk meminta, iapun berkata, “Ya Tuhanku, manusia (Adam) inilah yang telah Engkau muliakan atasku, kalau Engkau tidak memperhatikannya, aku tidak akan kuat menghadapinya.” Allah berfirman yang artinya, “Tidak akan dilahirkan seorang anak dari nya kecuali dilahirkan pula seorang anak dari bangsa kamu.” Iblis berkata lagi, “Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku.” Allah s.w.t. berfirman, “Kamu dapat berjalan berjalan ditubuh mereka seperti mengalirnya darah dan kamu dapat membuat hati mereka sebagai rumah-rumah untuk kamu.” Lima malaikat bersama manusia:- Dalam riwayat yang lain dijelaskan, ada lima malaikat yang menyertai manusia, yaitu: Dua malaikat menjaga pada malam hari, Dua malaikat menjaga pada siang hari, Satu malaikat yang tidak pernah berpisah dengannya. لَهُ ۥ مُعَقِّبَـٰتٌ۬ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُ ۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ سُوٓءً۬ا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۥ‌ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ (Ar-Ra'd: 11) Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (11) Yang dimaksud malaikat yang bergantian yaitu malaikat malam dan siang yang melindunginya dari setan dari golongan jin dan manusia. Kedua malaikat menulis amal kebaikan dan kejelekan di antara kedua bahunya, lidahnya sebagai pena, mulutnya sebagai tempat tinta dan ludahnya sebagai tinta, keduanya menulis amal manusia sampai datang hari kematiannya. Allah Swt. berfirman tentang malaikat Kiraman Katibin: "Aku menanamkan mereka Kiraman Katibin karena ketika menulis amal kebaikan mereka naik ke langit dan memperlihatkannya kepada Allah dan mereka bersaksi atas hal tsb. dengan berkata: "Sesungguhnya hambaMu si fulan berbuat sesuatu kebaikan demikian dan demikian." Dan ketika menulis atas seorang hamba amal kejelekan, mereka naik dan memperlihatkannya kepada Allah dengan rasa susah dan gelisah. Maka Allah Swt. berfirman pada malaikat Kiraman Katibin: "Apa yang diperbuat oleh hambaKu?" Mereka diam hingga Allah berfirman untuk yang kedua dan ketiga kalinya, lalu mereka berkata: "Ya Tuhanku, Engkau Dzat yang menutupi aib dan Engkau memerintahkan hamba-hambaMu agar menutupi aib-aib mereka. Sesungguhnya setiap hari mereka membaca kitabMu dan mereka mengharap kami menutupi aibnya." Lalu malaikat Kiraman Katibin mengatakan yang mereka ketahui tentang apa yang diperbuat seorang hamba. Allah Swt. berfirman: "Maka sesungguhnya kami menutupi aib-aib mereka dan Engkaulah Dzat Yang Maha Mengetahui aib-aib." Dalam hadits lain dikatakan bahwa “Para malaikat bergiliran untukmu pada malam dan siang hari. Mereka berkumpul dalam salat subuh dan salat ashar. Kemudian malaikat malam naik kepada Allah. Allah bertanya, kepada para malaikat sedang Dia lebih mengetahui tentang kamu, "Bagaimana keadaan hamba-hamba-Ku saat kamu tinggalkan?" Para malaikat berkata, "Kami mendatangi mereka sedang mengerjakan salat dan kami meninggalkan mereka sedang salat pula."”