Setiap luka ada penawarnya....Allah yang maha Berkuasa...Maha Mengetahui Segalanya...

Setiap luka ada penawarnya....Allah yang maha Berkuasa...Maha Mengetahui Segalanya...

Monday, June 10, 2013

ANA ADLYN 15 MONTH


Ana YANG MANJA NYER SANGAT.....

Now ANA MAksu Dia JAga For 2 Month
After this ingat nak antar dia p taska kat cheras... Hmmm Tak Tau Lagi Camner Tengoklah...
Bukan Aper Aku risau sebab Kat pengasuh lama dia ANA Cam kurus jerk...Makan minum dia tak teratur..Kesian...Ape pun Aku akan Buat Yang Terbaik untuka anak Kesayanganku Ini
NUR ANA ADLYN SUHAINOR nie.....

MMMMUUUUUUUUUUUUUAaaaaH.....

Wednesday, April 24, 2013

MotiVAsi Diri : Amalan- Amalan Penghapus Dosa... Mari amalkan...

1. Taubat
Allah swt berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, taubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang tulus ikhlas, mudah-mudahan Tuhanmu menghapus kesalahan-kesalahanmu.” (At-Tahrim : 8 )
Rasul saw bersabda, “Orang yang bertaubat dari dosa seperti orang yang tidak pernah berdosa.” (Diriwayat oleh Ibnu Majah)
 2. Lapang dada (Samahah)
Rasul saw bersabda, “Malaikat menyambut roh seorang lelaki dari orang sebelummu. Mereka bertanya, ‘Adakah engkau pernah beramal kebajikan?’ Roh itu menjwb, ‘Aku pernah menyuruh anak-anak  mudaku untuk bersikap samahah kepada orang susah dan memaafkan orang-orang  berada,’ maka Allah swt berfirman, ‘Maafkanlah.” (Dirwayatkan oleh Bukhari)
 3. Mengucapkan salam dan berkata yang baik
Rasul saw bersabda, “Sesungguhnya di antara hal yang menghapuskan dosa dan mendatangkan keampunan, adalah mengucapkan salam dan berkata baik.”
 4. Berjabat tangan
Rasul saw bersabda, “Tidakkah dua orang Muslim bertemu lalu bersalaman melainkan dosa keduanya diampuni sebelum keduanya berpisah.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud)
 5. Qiyammullail
Rasul saw bersabda, “Kerjakanlah qiyammullail kerana  ia kebiasaan orang-orang soleh sebelummu, ia mendekatkan diri kepada  Allah, mencegah perbuatan dosa, menghapus kejahatan yang beragam dan mengusir penyakit hasad atau dengki.” (Diriwayatkan oleh Hakim dan Baihaqi)
 6. Solat tasbih
Abu Hurairah ra berkata, “Rasul saw berpesan kepada  Abbas bin Abdul Muthalib, “Hai Abbas, pakcikku. Tidakkah engkau kuberi, tiadakah engkau kuanugerahi, tiadakah aku kerjakan untukmu sepuluh perkara yang  engkau menjalankannya, Allah akan mengampuni dosa-dosamu yang awal dan yang akhir, yang lama dan yang baru, yang sengaja mahupun yang tidak sengaja, yang besar dan yang  kecil, yang terang-terangan mahupun yang disembunyikan. Iaitu sepuluh hal di mana engkau solat empat rakaat dgn membaca Surah Al-Fatihah dan salah satu surah dalam setiap rakaat pertama, maka bacalah, ‘Subhanallahu walhamdulillah walaa ilaaha illallaah wallahu akbar,’ sebanyak 15 kali, setelah itu barulah engkau ruku’ dan bacalah kalimat tersebut sebanyak 10 kali, lalu engkau bangun dari sujud dengan membacanya lagi sebanyak 10 kali kemudian engkau sujud kembali dan membacanya lagi sebanyak 10 kali lalu bangun dan kemudian membacanya dgn jumlah yang  sama. Bererti berjumlah 75 kali dalam setiap rakaat. Kau kerjakan itu semua dalam 4 rakaat, jika mampu engkau melakukan solat itu satu kali setiap sehari, jika tidak mampu, setiap Jumaat, jika setiap Jumaat tidak mampu kerjakanlah setiap bulan sekali dan jika  tidak mampu pula, maka lakukanlah seumur hidupmu sekali.” (Diriwayatkan Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ath-Thabrani, Hakim, Baihaqi dan yang lainnya)
 7. Menegakkan had (Hukuman)
Rasul saw bersabda, “Setiap hamba yang terjerumus kepada  larangan Allah, lalu dijalankan atasnya hukumnya (had)Nya, maka dosa tersebut dihapus darinya kerananya.” (Diriwayat oleh Hakim, Darini, Ahmad dan lainnya)
 8. Menjauhi dosa-dosa besar
Allah swt berfirman, “Jika  sekalian meninggalkan dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yg kamu dilarang mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga).” (An-Nisa’ : 31)
 9. Sabar saat ditimpa masalah
Rasul saw bersabda, “Manusia yang paling besar ujiannya adalah para nabi kemudian yang ditingkatkan sesudahnya lalu orang yang di bawahnya orang lagi. Seorang lelaki diuji sesuai dengan kadar kemampuan beragamanya (imannya). Jika  dia teguh memegang agamanya, ujiannya lebih berat dan jika lemah dalam beragama, maka ia dicuba sesuai dengan kemampuannya. Seorang hamba terus menerus diberi cubaan sehingga ia berjalan di muka bumi dalam keadaan tak punya dosa dan kesalahan.” (Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi)
 10. Berwudhuk
Usman bin Affan berkata, Rasul saw bersabda, “Siapa saja yang berwudhuk dengan sempurna, maka keluarlah dari tubuhnya kesalahan-kesalahannya sampai keluar dari hujung kuku-kukunya.” (Diriwayatkan oleh Muslim)
 11. Solat
Dari Abu Hurairah ra, ia, mendengar Rasul saw bersabda, “Bagaimana pendapatmu jika sebuah sungai mengalir di depan pintu rumahmu kemudian kamu mandi di sungai tersebut setiap hari 5 kali. Adakah tubuhmu berdaki?” Para sahabat menjwb, “Tentu tidak ada kotoran pada akami sedikitpun. “Maka Rasul saw berkata, ‘Itulah perumpamaan solat yg 5 waktu. Dengannya Allah menghapus dosa-dosa org yang mengerjakan solat.’ (Diriwayatkan oleh Bukhari)
 12. Sujud kepada  Allah swt
Rasul saw bersabda, “Hai Abu Fathimah, perbanyakkanlah sujud, kerana  tidaklah seorang Muslim sujud kepada  Allah sekali sujud, melainkan Allah akan mengangkatnya ke satu tingkatan (syurga) dan akan dihapus baginya satu kesalahan.” (Diriwayatkan oleh Ahmad)
 13. Mati fisabilillah
Dari Abu Qatadah berkata, “Ada seorang lelaki berdiri lalu bertanya, ‘Wahai Rasulullah, jika aku terbunuh f isabilillah, kesalahan-kesalahanku dihapus?’ Rasulullah menjawab, ‘Ya, jika  kamu mati fisabilillah dalam keadaan sabar dan mencari redha Allah serta tampil menghadapi perang bukan berpaling darinya.’ Kemudian Rasulullah bertanya lagi, ‘Bagaimana pertanyaanmu tadi?’ Lelaki itu kembali bertanya, ‘Adakah dosa-dosaku diampuni, jika aku mati fisabilillah?’ Rasulullah menjawab, ‘Ya, jika engkau sabar, mengharap redha Allah, serta tidak berpaling dari peperangan itu, kecuali hutang (tidak dianggap lunas). Jibril datang membisikkan kepadaku tentang hal itu’.” (Diriwayatkan oleh Muslim)
 14. Puasa Ramadhan, Arafah dan Asyura
Rasul saw bersabda, “Siapa sahaja yang mengerjakan puasa Ramadhan kerana iman dan mengharap redha Allah, maka dosa-dosanya yang terdahulu diampuni.” (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, At-Tarmidzi, An-Nasai dan Ibnu Majah)
Dalam hadis lain baginda bersabda, “Puasa 3 hari tiap bulan dan Ramadhan ke Ramadhan, itulah puasa seumur hidup. Puasa Arafah kerana  mencari redha Allah dapat menghapus dosa setahun sebelum dan sesudahnya, sedang puasa pada hari Asyura kerana redha Allah dapat menghapus dosa setahun sebelumnya.” (Diriwayatkan oleh Muslim)
 15. Haji dan umrah
“Sertakan haji dgn umrah, kerana keduanya akan menghilangkan kekafiran dan dosa-dosa  sebagaimana pandainya besi melenyapkan karat pada besi.” (Diriwayatkan An-Nasa’I dan Ath-Thabrani)
 16. Sedekah
Allah swt berfirman, “Jika kamu menampakkan sedekahmu, maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang  fakir, maka hal itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapus darimu kesalahan-kesalahanmu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah : 271)
 17. Zikir
Rasul saw bersabda, “Sesungguhnya ucapkan kalimat ‘Subhanallahu walhamdulillahi wa laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar’ itu menggugurkan kesalahan-kesalahan seperti pepohonan menggugurkan dedaunan.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Ahmad)

MOtiVASI DIRI : PILH KAWAN BERHATI - HATI...

Petua Memilih Kawan dari Imam al-Ghazali

Imam al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik..

Pertama :
PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang
end typing
Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..

Ketiga :
PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

Keempat :
PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah.

Kelima :
PILIH kawan yang bercakap benar.
JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.


5.5 .2013 AKA PRU 13



Bahang Pilihanraya Sudah Bermula pada 5.5. 2013 nanti tarikh mengundi. Hopefully MALAYSIA nie masih dalam pemerintahan yang sama, tak yah lah nak suh pembangkang yang menang, Huru Hara MALAYSIA nanti, Semoga yang menang nanti tunaikan JANJI2 yang di buat...Al kisah aku plak kena mengundi ikut alamat IC, kenalah mengundi di Shamelin, Hayoooo MCA punya tempat daaaa....CaYaNunAlif plak tu, Hampeh tul, nanti nak tukaq alamat IC lah buh KAMPUNG PAYA KUBANG PASU...hehehe...JOM Kita MEngUNDI....JOM kiTA MENGUndi...EWah... nyanyi plak Haku...hahahahaah


Wednesday, March 13, 2013

13.3.13 Canteknyer Tarikh Nie!


Sayangku NUR ANA ADLYN..
Mama sangat cinta kepadamu
Kasih dan sayang mama hanya untukmu
Semoga anakku sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat dari Allah
Kasih abah dan mama sepenuh air di lautan
Berbaktilah kepada kami bila kami dah tua nanti
Wahai puteriku engkaulah permata Hati Kami.


Thursday, March 7, 2013

LUNCH WITH MUKHRIZ....APA HABAQ DATUK....

Kisah nak pilihanrayaLah..Kami warga MATRADE yang Ic nya 02 dijemput p lah makan tengahhari kat Khadijah ibrahim punya restoran (ayat carca marba....puiii),
So kami pun p lah junmpa Datuk AKA YB kat Mukin Jerlun....Sokong jangan tak sokong...Heheheh...For sure lah aku bukan under Jerlun ...Cheq from Kubang Pasu....(Mana pasunya?...tak dek pun.....hehehe...Apa pun tak bleh)
Kami dihidangkan dengan beraneka lah masakan dari restoran khadijah nie...Masa makan tu Datuk dok lah citer pasal BN dan macam2 macam lagi lah, pastu dia dok buka lah soalan2 kat yang ada...hamek banyak pula soalan yang dia kena jawab...berpeluh juga lah dia nak terang kat kami yang asyik dok tanya itu..ini....layan gambar lah yer tak larat cheq nak taip dah....



Datuk Mukhriz siap tunggu semua abis amik makanan....Segan lah pulak...heheheh
Amacam cam pakwe ngan makwe tak? hahahaahahah.....

XOXO
.
.
.
.
PUBLISH
.

Bila Ana Suka Tengok Tv....Aku pun tumpang dua kaki....Haahah


Ana Suka Tengok Tv Citer Ape....Muka serius Jer kan..Hahahahaa..Citer yang dia suak tgk adalah....Upin & IPin, Ultraman Mebius, Hagimaru dan macam - macam lagi lah.
Aku pun tumpang sekaki dua kaki dok tgk ngan puteri cute aku nie...Cam budak besaQ jer Nur Ana Adlyn Nie...Hadoila...Heheh

Wednesday, February 6, 2013

Bila Ana Wat Muka SErius....HAhaa...


Halooo..Kawan2...Nie Muka Serius I tau....Hahahah

Tiada Kata Seindah Bahasa....Ewahhhh


ALAHAI SYANG MAMA NIE...KUSYUK BETUL TGK UPIN & IPIN....HUHU

HALUUU....HALUUUU.... 2013

Assalamualaikum semua…Selamat TAHun BAru 2013.. semoga Tahun nie kita ceria- ceria sahaja yer…

Alhamdulillah pada tahun baru nie semua dah berubah.. Kehidupan ku semakin indah dengan adanya Nur Ana Adlyn penyeri hati kami.

Tahun baru nie adalah tahun yang sangat bahagia sebab aku telah di tukarkan u nit dari Unit Pentadbiran ke Unit Geran pulak dari atas ke bawah…huhu fine… aku terima jer.. lagipun dah 6 tahun kat Unit Admin….sekali sekala berubah angin la pulak…huhu..sangat seronok sebab semua orang  friendly sangat…

ALHAMDULILLAH… SYUKUR