Setiap luka ada penawarnya....Allah yang maha Berkuasa...Maha Mengetahui Segalanya...

Setiap luka ada penawarnya....Allah yang maha Berkuasa...Maha Mengetahui Segalanya...

Friday, January 15, 2016

Manusia yang di uji

La tahzan... Hidup ini penuh dengan ujian, sama ada kecil, besar, ringan atau berat, sudah ketetapan Allah pada setiap manusia, aku tidak terkecuali dari menjadi hamba ujian dari Nya. Namun bagi aku, sebagai orang islam aku tetapkan hati ku hanya pada Allah ku berserah walau perit jerihnya hanya pada Allah jua aku meminta pertolongan, tiada yang lain dariNya, Hanya Allah yang maha mengetahui atas segala-galanya. Rasa sedih, gundah gulana, hanya mainan syaitan untuk melemahkan manusia mengikut telunjuknya. Kadang2- kadang lintasan jahat itu ada, tapi aku harus ingat malaikat kiri dan kanan ku mencatat apa saja keburukanku dan juga kebaikanku walaupun terniat sahaja...Nauzubillahiminzalik..YA ALLAH tetapkan lah iman ku, jadikanlah aku manusia yang sentiasa bersyukur dan redha dengan segala ujian dariMu, jadikanlah ahli keluargaku beriman dan bertakwa, istiqamah dalam mengamalkan ajaran islam, menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat... Aamiin...

Wednesday, January 13, 2016

HAPPY BIRTHDAY SAYANG MAMA- 11.1.2012

MAMA DOAKAN ANAK MAMA NUR ANA ADLYN MENJADI ANAK YANG BERJAYA, SOLEHAH DUNIA DAN AKHIRAT, JANGAN LUPAKAN JASA DAN PENGORBANAN MAMA DAN ABAH MEMBESARKAN ANA, BELAJAR RAJIN- RAJIN ANA KAN NAK JADI DOKTOR,HEHE MAMA DAN ABAH SENTIASA DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK ANA, ANA DAH MASUK EMPAT TAHUN DAH, DAH BELAJAR DI TADIKA ISLAM, DAH DEKAT TASKA OFFICE, JANGAN SUSAH HATI SAYANG, OFFICE MAMA SEBELAH JER NGAN ANA, KALAU TEACHER MARAH ANA, MAMA BABAP BUNTUT BESAR DIA, HAIP...HEHE..

Tuesday, March 10, 2015

Anak Mama.....Miss U.....

Ketika ini, detik ini terlalu indah buat mama, dikau hadir dalam rahim mama, hadirmu membawa beribu kenangan yang terindah buat mama, duhai puteriku, ku iringi mu dengan doa dan harapan agar dapatku bertemu dengan mu di syurga, ku ingin mencium dan membelaimu sepuas hati ku...sesungguhnya kehadiranmu membawa seribu makna buat mama, tak pernah sedetik pun mama melupakanmu, nama dan wajahmu tersemat jauh dilubuk hati mama, tangis dan sedih hanya bergelora di dalam dada, kesedihan ini hanya Allah sahaja yang maha mengetahuiNya, mama redha segala ketentuan yang maha Esa..Kau ibarat sebutir permata yang hadir dalam diri mama. Dalam tangis ini, mama tetap redha dengan yang Maha Kuasa, dengan linangan air mata mama merelakan dikau pergi menemui penciptamu....Allah swt.

POHON DARI SYURGA...


ALANGKAH SERONOKNYA JIKA DAPAT MENANAM POHON INI, BUAHNYA BEGITU BERKHASIAT ...INILAH BUAH TIN(FIG)..JIKA SEPOKOK BOLEH SAMPAI BERATUS HARGANYA...YANG BESTNYA POKOK INI BOLEH DITANAM DI IKLIM MALAYSIA NIE...MASYAALLAH HEBATNYA!!


Thursday, March 5, 2015

Bila Mood Ke Laut..

Setiap kali akan berlaku pada aku...mood ke laut..hadoilah...tolong Ya Allah, kuatkan hati ini...Agar hati ini bisa teguh, bisa utuh dalam apa jua keadaan, aku tidak mahu menjadi manusia2 hipokrit yang terlalu sayangkan dunia ini ibarat tiada lagi dunia lain iaitu akhirat...aku mahu diriku tegar dalam apa jua ujian dan dugaan dan istiqamah walaupun tipu daya syaitan itu ada...Ya Allah jauhkanlah aku dan keluarga serta keturunanku dari segala kejahatan dunia ini...Amin.

Monday, January 26, 2015

HARI INI LAHIRNYA KAMU...NAMUN ALLAH LEBIH MENYAYANGIMU PUTERIKU SITI KHADIJAH...

Sayangku Siti Khadijah, 
Hari ini adalah hari lahirmu, 
jika kau ada umurmu adalah setahun,
 Mungkin kau sudah mula bertatih,
 Bergelak manja dengan kakakmu Ana,
 Duhai anakku,
 mama sentiasa berdoa untuk bertemu dengan mu kelak 
Wahai anak, 
kasih mama tidak pernah terpadam untukmu.. 
Kasih dan rindu ini seiring nafas dan degup jantung mama..
 Walaupun kita tidak bisa bertemu di dunia yanga fana ini.. 
Mama mohon pada ilahi dapat bertemu kamu di Syurga Yang ABADI... 
Doakan mama, abah, dan kakakmu mu beriman dan bertakwa..
. SELAMAT HARI LAHIR SAYANG...
 SEMOGA KASIH KITA KEKAL BERTEMU DI SYURGA YANG ABADI... 
TARIKLAH KAMI BERSAMAMU KEDALAM SYURGA NANTI...
 SESUNGGUHNYA MAMA,ABAH,KAKAK ANA 
AMAT MERINDUIMU...